Monday 14 November 2016

Filled Under:

SAYU…Berita Sedih Yang Kami Terima Tadi..Khas Buat Peminat Amar Baharin Dan Amyra Rosli,,Baru Je Beberapa Hari Kahwin,,Amar dan Amyra Tidak Lagi Berlakon Bersama

SAYU…Berita Sedih Yang Kami Terima Tadi..Khas Buat Peminat Amar Baharin Dan Amyra Rosli,,Baru Je Beberapa Hari Kahwin,,Amar dan Amyra Tidak Lagi Berlakon Bersama

Pelakon Amar Baharin dan isteri Amyra Rosli bakal mengelak atau mengurangkan tawaran berlakon bersama terutama bagi watak suami isteri selepas ini.

Amar Baharin, 31, berkata dia menerima nasihat daripada orang berpengalaman untuk cuba kurangkan watak suami isteri selepas berkahwin supaya tidak memberi kesan kepada perkahwinan mereka.

"Selepas ini apa sahaja lakonan yang melibatkan saya dan isteri bersama, saya terpaksa fikirkan dahulu sebelum menerimanya.

"Bukan tak mahu tetapi saya banyak menerima nasihat daripada orang berpengalaman untuk cuba kurangkan berlakon bersama suami isteri dalam satu drama atau filem.

"Selepas berkahwin saya perlu hati-hati lah kerana takut ada kaitan dengan hukum-hukum agama yang boleh memberi kesan pada perkahwinan kami.

"Apa-apa pun saya akan teliti dulu skrip dan naskah yang ditawarkan sebelum terima," katanya kepada Astro Gempak

Pasangan yang sebelum ini popular dengan drama bersiri Cik Bunga Encik Sombong itu telah diijabkabulkan pada 11 November 2016 dan diraikan di dalam majlis resepsi keesokan harinya di Hotel Primiera Kuala Lumpur.

Pun begitu, Amar memberitahu dia tidak akan menghalang Amyra untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan kerana percaya isterinya itu tahu menjaga batas-batasnya.

"Saya percaya seratus-peratus kepada dia (Amyra) kerana mengenali dirinya dia pandai menjaga diriya dalam industri ini.

"Jadi mengapa perlu saya halang dia untuk teruskan karirer sebagai pelakon," katanya lagi.

Pasangan ini bakal berbulan madu di Tokyo, Jepun pada penghujung November ini.





0 comments:

Post a Comment