Friday 4 November 2016

Filled Under:

PUNCA SEBENAR KEJADIAN KREN TERBALIK MENGHEMPAP KERETA MENYEBABKAN 2 MAUT...((5 FOTO)) KEADAAN MAYAT MENGERIKAN((AL -FATIHAH)

PUNCA SEBENAR KEJADIAN KREN TERBALIK MENGHEMPAP KERETA MENYEBABKAN 2 MAUT...((5 FOTO)) KEADAAN MAYAT MENGERIKAN((AL -FATIHAH)

KLANG: Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap kren cerucuk statik yang tumbang berdekatan tapak pembinaan, di Bandar Bukit Raja, di sini, tengah hari tadi.

Ketika kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai sedang menghala ke Jalan Meru, dihempap kren berkenaan yang tumbang dari tapak pembinaan di sebelah kanan jalan ketika mangsa sedang melalui Persiaran Astana.

Struktur kren cerucuk itu menghempap bahagian depan kereta jenis Perodua Axia, menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang datang ke lokasi.

"Mangsa seorang lelaki tempatan, Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan wanita berkenaan adalah warga Indonesia yang dikenali sebagai Nurhayati berusia 56 tahun.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan pasukan kami tiba di lokasi setengah jam kemudian.

"Kedua-dua mangsa parah di kepala akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mayat mangsa dibawa ke HTAR untuk dibedah siasat.









0 comments:

Post a Comment