Saturday 5 November 2016

Filled Under:

SAYU!! Pesanan Terakhir Arwah Isteri Datuk Jalaluddin Sebelum Meninggal Dunia

SAYU!! Pesanan Terakhir Arwah Isteri Datuk Jalaluddin Sebelum Meninggal Dunia

Isteri pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak meninggalkan solat sebelum dia mengembuskan nafas terakhirnya.

Arwah, Hashimah Aksan, 64, menyampikan pesan itu dua hari sebelum meninggal dunia dan Jalaluddin sendiri tidak menyangka itu adalah pesanan terakhir isterinya.

“Selain pesanan itu, dia juga ada memberitahu yang dia rasa akan meninggal dunia. Itu yang saya tegur dia kerana ajal dan maut di tangan Allah.

“Tanpa disangka, itu adalah petunjuk awal yang dia akan pergi tetapi saya sempat peluk dan cium dia sebelum ke bilik pembedahan,” katanya

Hashimah meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai kehilangan itu lagi, jelas Jalaluddin, isterinya itu sudah dianggap sebahagian daripada jiwanya.

“Dia banyak berkorban untuk saya sepanjang saya bergelar pelakon. Malah, dia tidak pernah buruk sangka kepada saya sekalipun.

“Malah, setiap kali bergaduh, dia akan pujuk saya dengan pelukan walaupun kesilapan itu berpunca daripada saya. Itulah kenangan yang saya akan rindu,” jelasnya.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan orang anak dan 14 orang cucu.




0 comments:

Post a Comment