Tuesday 1 November 2016

Filled Under:

Berita Gempar!! Captain Mh370 Yg Hilang 2 Tahun Lepas Menghantar Mesej Whatsap Kepada Seorang Wanita Ini Mengatakan Yg Dia Sedang . . .

Berita Gempar!! Captain Mh370 Yg Hilang 2 Tahun Lepas Menghantar Mesej Whatsap Kepada Seorang Wanita Ini Mengatakan Yg Dia Sedang . . .

KUALA LUMPUR: Juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dikatakan berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang wanita dua hari sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014. 

Portal berita The Australian melaporkan, Kapten Zaharie Ahmad Shah dikatakan rapat dengan bekas guru yang kini bekerja dengan parti pembangkang, Fatima Pardi selepas bertemu ketika Pilihan Raya Umum lalu. Dalam temu bual bersama portal berita Australia itu, Fatima bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan mesej antara dia dan Zaharie. 

"Perbualan terakhir itu hanya antara saya dan dia. Saya tidak mahu bercakap mengenainya. "Saya bimbang jika apa yang saya katakan disalah faham kerana ia perkara peribadi, isu persendirian," katanya. 

Zaharie menjadi sasaran teori dan spekulasi pelbagai pihak termasuk media antarabangsa apabila dikaitkan sebagai dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370. 

Malah, ada laporan merujuknya sebagai cuba membunuh diri tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh keluarga beliau. Pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Beijing.

 Pesawat Boeing 777200ER itu belum ditemui walaupun operasi pencarian besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi yang dipercayai tempat bersemadinya pesawat itu selepas melencong dari laluan asalnya.




0 comments:

Post a Comment