Friday 20 January 2017

Filled Under:

AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR PEMANDU LORI DI PUKUL SELEPAS TERLANGGAR KERETA DATUK.PATUT LA KENA PUKUL,,RUPANYA..

AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR PEMANDU LORI DI PUKUL SELEPAS TERLANGGAR KERETA DATUK.PATUT LA KENA PUKUL,,RUPANYA..

Kuala Lumpur: Selepas dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki di kawasan sebuah kondominium di sini, pemandu lori menerima 13 jahitan bermula dari bawah telinga hingga leher.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Izhar, 25, berkata dia tidak menyangka diperlakukan sehingga sedemikian rupa.

“Saya tidak berdendam walaupun mereka tergamak membelasah saya sedemikian rupa,” kata selepas terlanggar kereta milik lelaki bergelar Datuk Sabtu lalu.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu, Izhar berkata dia cuba untuk keluar dari kawasan tersebut.

“Selesai menghantar barang di situ, saya terus ke lori untuk keluar daripada tempat parkir. Namun ketika itu saya tidak menyedari sebuah kereta diparkir terlalu hampir dengan lori saya.

“Akibatnya saya terlanggar bahagian depan kereta terbabit sekali gus mencetuskan kemarahan pemandunya. Selepas itu saya dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki di situ,” katanya.

Izhar kemudian dibawa ke hospital berhampiran oleh rakannya.

“Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.




2 comments: