Thursday, 3 November 2016

Filled Under:

"Nak Sangat Ke Duit Aku??", Panas! Akhirnya Che Ta Buka Mulut Isu Tak Bayar Cukai Buat Orang Ramai Terdiam! Memang Betul Apa Che Ta Cakap!!

"Nak Sangat Ke Duit Aku??", Panas! Akhirnya Che Ta Buka Mulut Isu Tak Bayar Cukai Buat Orang Ramai Terdiam! Memang Betul Apa Che Ta Cakap!!

Tidak dapat meraikan ulang tahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana di London kerana cukai tertunggak, pelakon Rozita Che Wan menerima pelbagai kritikan daripada netizen dan ada yang mendakwa Che Ta tidak pernah membayar cukai.

Enggan orang ramai terus salah faham, Che Ta menjelaskan beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk membayar cukai yang dikenakan.

Saya bukannya tidak membayar cukai, selama ini. Seperti biasa, saya membayar cukai terkini. Begitupun, tidak dinafikan masih ada sejumlah tunggakan daripada cukai terdahulu.  Saya tahu dan sedar tanggungjawab saya.

Memang saya kena bayar cukai seperti orang lain juga. Cuma, jumlah tunggakan cukai yang perlu saya bayar adalah besar nilainya.  Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya secara sekali gus. Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara ini.

Che Ta  sebenarnya sudah melantik ejen percukaian untuk memudahkan segala urusan berkaitan cukai. Che Ta harap dengan pelantikan tersebut, ia dapat membantu beliau menyelesaikan masalah berkenaan.

Saya menyerahkan 100 peratus urusan pembayaran cukai kepada ejen yang dilantik. Sehingga ini, sudah tiga khidmat ejen percukaian berbeza saya gunakan untuk tujuan itu.
Ejen pertama dan kedua tidak melakukan tugas mereka sebaik mungkin. Saya harap ejen ketiga ini boleh membantu saya keluar daripada masalah itu.


Harapnya Che Ta dapat menyelesaikan masalah cukai tertunggak beliau. Netizen juga janganlah cepat membuat andaian, kadang-kadang bila fikir hal cukai ini memang serabut, kami pasti anda juga pernah melalui hal berkenaan bukan? Tidak semua artis yang lupakan tanggungjawab mereka kepada negara . Heh..




0 comments:

Post a Comment