Kantoi Sudah! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Penarikan Saat Akhir Lagu Hidup Dalam Mati Nyanyian Syamel Dalam AJL31,,,
Pihak TV3 menghormati keputusan penarikan pada saat-saat akhir lagu Hidup Dalam Mati ciptaan Syamel dan Ayai (Ilusi) dalam Separuh Akhir kedua Muzik Muzik (SFMM) 31 malam Jumaat.
Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Mohamad Sufian Isa berkata, pihaknya menerima surat penarikan lagu nyanyian Syamel itu pada Rabu lalu atas alasan tertentu.
"Selepas menerima surat (penarikan diri) mereka kami selaku penganjur berbincang mengenai perkara itu dan menghormati keputusan mereka.
"Dalam surat itu mereka mengemukakan alasan-alasan yang boleh diterima yang mungkin disebabkan hal-hal dalaman," katanya kepada mStar Online sebaik acara itu berkahir di sini pada Jumaat.
Sufian ditemui pada sidang media SFMM31 minggu kedua yang mengumumkan 12 lagu mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang akan diadakan pada Januari tahun depan.
Kontroversi lagu itu tercetus minggu ini apabila karya itu dipercayai diciplak daripada lagu berjudul Ku Kejar Bayang Mu ciptaan Ayai (Ilusi) yang dinyanyikan oleh finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris.
Susulan itu, Syamel mahu pun komposer Edry Abdul Halim yang bertanggungjawab sebagai penerbit Hidup Dalam Mati bertindak berdiam diri sehinggalah mengejutkan umum apabila lagu itu tidak dipertandingkan pada SFMM31.
Sufian berkata, selaku penganjur, mereka tidak mempunyai hak untuk mengulas desas-desus kononnya keputusan itu mempunyai kaitan dengan isu ciplak yang kecoh diperkatakan.
"Di pihak kami tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan pada lagu itu kerana menarik diri di saat-saat akhir. Bagaimanapun mungkin pada masa akan datang kami perlu lebih tegas.
"Mungkin juga selepas ini semua pencalonan daripada label dan komposer perlu lebih telus bagi mengelakkan hal-hal begini tidak berulang lagi," katanya.
Ketua juri SFMM31 Datuk Ramli MS enggan mengulas mengenai perkara itu.
"Ia hal mereka kami tak campur apa juga isu yang timbul," katanya.
Syamel dan Edry tidak dapat dihubungi kerana kedua-duanya mematikan telefon masing-masing.

0 comments:
Post a Comment