Tuesday, 8 November 2016

Filled Under:

5 FOTO: NGERINYA Ya Allah ! Kes Baru Berlaku, Maut Dalam Keadaan Tragis Selepas Disedut Mesin Bancuh Tepung

5 FOTO: NGERINYA Ya Allah ! Kes Baru Berlaku, Maut Dalam Keadaan Tragis Selepas Disedut Mesin Bancuh Tepung

Johor Bahru: Seorang wanita pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Permas Jaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada 12.43 tengah hari ketika mangsa yang dikenali sebagai Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung itu,

Tangan kanan mangsa dipercayai termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.


“Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dan polis tidak menjumpai apa-apa kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Sulaiman berkata siasatan masih diteruskan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat.mymetro






0 comments:

Post a Comment