Sunday, 6 November 2016

Filled Under:

Adik Aqasha Cerita Perkara Sebenar Selepas Beliau Di culik Oleh...

Adik Aqasha Cerita Perkara Sebenar Selepas Beliau Di culik Oleh...

Kanak kanak yang hilang sejak 31 Oktober lalu, Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, memberitahu yang dia tidur di rumah satu keluarga di Taman Kosas, Ampang, pada malam pertama kehilangannya.

Bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu kemudian memberitahu yang Aqasha tidur di perhentian bas dan restoran sekitar taman berkenaan pada malam seterusnya.

“Dia ada cakap selepas tidur di rumah kawannya itu, dia tidur pula di perhentian bas.

“Selepas itu ada tidur di restoran. Tidak pasti sama ada empat malam tu di situ sebab dia macam susah nak ingat semula. Tapi dia kata memang di kawasan itu saja.
“Itu memang pertama kali dia ke kawasan berkenaan dan dia tak balik sebab katanya tak ada duit,” katanya ketika ditemui di IPD Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Selepas lima hari kehilangannya,diansir dari mymetro Noor Ayrill Aqasha yang dipanggil Aqasha ditemui Muhammad Ismail Abdullah, 15, yang juga abang kepada rakannya, berseorangan di perhentian bas di Bukit Ampang, pada 7.30 malam.

Noor Shahril yang dimaklumkan mengenai penemuan Aqasha oleh bekas isterinya, berkata kejadian ini ternyata menjadi pengajaran berguna buat dirinya dan mungkin juga orang lain.

“Kebiasaannya Aqasha akan beritahu saya ke mana dia pergi dan hari pertama dia hilang tu dia sebenarnya ada datang ke tempat kerja saya tetapi sekuriti beritahu Aqasha yang saya sibuk.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya harap pihak luar tidak terus menuding jari kepada saya kerana saya sebagai bapa tidak mahu perkara ini berlaku.

“Ramai salahkan saya sebab anak saya tidak bersekolah tetapi mereka tidak berada di tempat saya dan tak tahu apa masalah yang saya hadapi di sini,” katanya yang bekerja sebagai chef di sebuah hotel.

Sementara itu, ibu Aqasha iaitu Siti Rohayu Yaacob, 37, berkata dia terima panggilan Muhammad Ismail, pada 10.30 malam, dan kemudiannya memaklumkan kepada bekas suaminya, Noor Shahril.

“Masa dapat panggilan tu, saya bersyukur sangat sebab anak saya ditemui selamat.

“Alhamdulillah, walaupun macam-macam cerita di media sosial, saya memang positif dia selamat. Kemudian saya minta Muhammad Ismail jaga Aqasha takut dia kemana-mana lagi.

“Seterusnya saya minta dia bawa Aqasha ke ke kediaman bapanya dan kemudian ke IPD Cheras, pada kira-kira 11 malam, kerana laporan polis di buat di situ,” katanya yang bekerja sebagai kerani jualan.

Siti Rohayu berkata, Aqasha menetap bersama bekas suaminya sejak empat bulan lalu dan dalam proses untuk bersekolah semula selepas berhenti daripada Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran.

“Sebelum ini saya memang jaga ketiga-tiga anak tetapi disebabkan masalah kewangan, bekas suami menjaga Aqasha. Kami memang bebas untuk melihat dan menjaga anak-anak, tidak ada sebarang halangan.

“Tetapi bila jadi macam ini, iktibar untuk saya jadi mungkin lepas ini kami perlu berbincang mengenai penjagaan anak-anak pada masa akan datang.

“Ikutkan saya memang berhasrat untuk jaga dia, tapi masih perlu berbincang,” katanya yang sudah berpisah dengan Noor Shahril sejak lebih setahun lalu.

Sementara itu, remaja yang menemui Aqasha berkata, dia dalam perjalanan ke Bukit Ampang ketika ternampak Aqasha di perhentian bas berkenaan dalam keadaan lemah.

“Saya takut juga masa bawa dia balik, sebab kisah dia hilang dah viral nanti orang ingat saya yang culik dia.

“Masa tu saya bermotosikal nak ke Bukit Ampang , kebetulan jalan sesak dan perlahan, saya ternampak dia di perhentian bas.

“Saya tanya dia pergi mana, tapi dia tak jawab dan terus menangis. Jadi saya bawa dia balik ke rumah, beri makan dan telefon ibunya,” katanya yang ditemui di IPD Cheras.

Muhammad Ismail mengenali Aqasha yang berkawan dengan adiknya yang berusia 11 tahun dan tahu mengenai kehilangannya apabila kejadian itu viral di Facebook (FB).




0 comments:

Post a Comment