Wednesday 28 September 2016

Filled Under:

Tahniah!!!Selepas 3 Tahun Kahwin Akhirnya Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Bakal Bergelar Bapa Dan Ibu

Tahniah!!!Selepas 3 Tahun Kahwin Akhirnya Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Bakal Bergelar Bapa Dan Ibu

Pengarah yang juga pelakon, Syamsul Yusof, 32, mengesahkan isterinya, Puteri Sarah Liyana, 30, kini sedang berbadan dua. Pada mulanya, akui sutradara filem Munafik itu, beliau belum bersedia untuk berkongsi khabar gembira berkenaan, termasuk dengan ibu bapa dan mentuanya. 

"Begitupun, selepas melihat air muka mereka setiap hari, saya jadi tidak sampai hati. Kami juga mahu mereka gembira apabila mendengar berita ini. "Kini, Sarah kerap mengalami muntah dan cepat penat. Saya turut menasihatinya agar banyak berehat dan tidak lagi perlu ke butiknya di Bangsar," katanya ketika ditemui di sini. Menurut Syamsul, kandungan isterinya itu kini hampir memasuki usia tiga bulan.

 "Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur menerima berita kehamilan isteri saya. Mungkin ramai yang tidak perasan, ketika berucap selepas menerima anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, baru-baru ini, saya ada menyebut mengenai perkara ini. 

"Ketika itu, kami baru saja mengetahui perihal kandungan berkenaan selepas disahkan oleh doktor pakar. Namun, saya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu, sehingga kandungannya betul-betul kuat dan sihat," katanya. Tahun lalu, kata Syamsul, beliau reda apabila isterinya mengalami keguguran. 

Sebagai ketua keluarga, Syamsul kini mengambil alih tugas menjaga isterinya dengan menitikberatkan soal pemakanan dan rawatan. Katanya, beliau rela berhabisan untuk berjumpa doktor pakar, seminggu sekali, bagi memastikan kandungan 

Sarah sihat. Malah, beliau juga berusaha memenuhi segala permintaan Sarah sekiranya wanita itu mengidam. Malam ini, Syamsul dan Datuk Yusof Haslam selaku penerbit, serta pelakon Nabila Huda, A Galak dan Ruzzlan Abdullah akan memeriahkan malam gala Munafik di Grand Indonesia Mall. Munafik akan ditayangkan di 30 pawagam di seluruh Indonesia bermula 5 Oktober depan.





0 comments:

Post a Comment