Tuesday 27 September 2016

Filled Under:

10 FOTO: NGERI ! Ajal Tiba Lepas 11 Hari Berkahwin... Ya Allah.. Kalau Macam Ni Siapa Yg BERSALAH ?

10 FOTO: NGERI ! Ajal Tiba Lepas 11 Hari Berkahwin... Ya Allah.. Kalau Macam Ni Siapa Yg BERSALAH ?

Seorang lelaki yang baru melangsungkan perkaHwinan 17.09.2016 minggu lalu maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori milik Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL Berhad) di Kilometer 74 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa, Muhammad Shaidi Che Othman, 27, dalam perjalanan dari arah Sungai Petani untuk pulang ke rumahnya di Padang Pusing, Pendang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata mangsa merempuh belakang lori yang berhenti di laluan kecemasan untuk meletakkan kon bagi menjalankan kerja penyelenggaraan jalan.

“Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







0 comments:

Post a Comment